Friday, December 09, 2005
kehidupan itu indah bukan?
keindahan itu hasil dari pelbagai warna dan rasa
rasa yang lahir dari hati dan jiwa mungkin juga keinginan
satu rasa dari beribu perasaan adalah rindu
dan aku sekali lagi merasa rindu
rasa rindu yang lebih dari biasa
sebelum ini aku merindui dia
cuma sekadar rindu kerana jarang sekali berjumpa
tapi kini aku rindu untuk bersamanya
biar pun rindu tu terlalu hebat
tapi aku gementar untuk bersua muka
bimbang nanti rindu menjadi benci
Posted at 11:55 am by araneae
Permalink
Sunday, March 20, 2005
hi,
tak sabar tunggu kau abis belaja. sbb mase tu aku nak aku dan kau jadi kawan macam dulu.mungkin kau dah lupe.tapi masa dulu tu aku rase seronok. biarlah aku seronok sendiri. biarlah kau sendiri tak pernah tahu pasal aku. tapi aku yakin aku boleh jujur tentang soal hati dan perasaan. dan aku percaya pada kau.
terima kasih jadi kawan aku.
Posted at 08:40 pm by araneae
Permalink
Thursday, March 17, 2005
dah lama merancang nak jumpe die.tapi rasanye kene postpone atas sebab kewangan. bukan tengah sempit tapi nak elak tersepit. ade bende yg lebih penting perlu dibuat. tapi tu la ade banyak yg nak diluahkan pada die. pada die yang telah lama aku kenali. dan pada die aku mencari kepastian demi kedamaian hati ini. dari terus bertanya tanpa jawapan pasti.
ade jodoh bertemu juga aku dan dia. dan saat itu aku berharap semua nya akan seperti dulu dulu.
Posted at 01:29 pm by araneae
Permalink
Sunday, November 28, 2004
sabtu,27 nov 2004. aku menjejak kaki ke pantai.lama sudah tak berkunjung.bertanya khabar pada ombak,luat,bayu malam.malam masih gerimis.tak mematahkan niat aku utk kesana. sampai di pantai awan menyembunyikan bulan.gerimis masih rintik.tak ku hiraukan. berjalan jalan digigi air. basah kaki seluar.dari satu tempat ke satu tempat.menyusuri pantai.kaki disapa ombak.disitu ada aku dan omdak.dikejauhan ada beberapa kaki joran yg tak tau pulang. seperti aku kiranya. aku menanti awan beredar.aku ingin lihat bulan.malam ni waktu bulan mengambang penuh.aku tunggu. lama sudah di air.aku naik ke darat.berjalan jalan ke gerai. kedengaran lagu lagu 60an.gembira mendengarnya.hati ikut sama menyanyi. aku dongak kelangit. awan mendung dah menghilang. bulan akan kelihatan sedikit masa lagi.aku tunggu. kaki terus berjalan didataran itu.aku dongak kelangit.dan........ bulan bersinar girang.cantik.lawa.segala pujian kepada Allah Yg Maha Suci. indah malam ini.langit cerah.aku berjalan semula kepantai.mencari satu tempat yg menarik. langit lautan yg tadinya gelap kini cerah. aku dapat lihat awan awan putih di kaki langit. deru ombak adakalanya menyeramkan.terasa bagai aku ditarik ketengah laut.kaki terus melangkah ke air.hangat.hangat.hangat.dari gigi air terus ke kawasan lebih dalam. di saat ini aku sedar. betapa cantik air laut dibawah sinaran bulan.nampak dasar dimana kaki berpijak.hangat.dan aku terus berdiri disitu.kosong.tak ada apa difikirkan.kosong.hangat.indah.tenang.nampak pasir didasar pantai yg beralun yg disapu ombak.corak yg cantik.dan aku ingin terus disitu. menikmati indahnya malam,bulan,pasir,ombak dan hangatnya air laut.aku rindu.dan aku terus sendiri.aku puas disini.
Posted at 12:04 am by araneae
Permalink
Monday, November 22, 2004
satu perkenalan bermula dari cetusan hati.terjalin hubungan dengan penuh rasa keikhlasan sebuah persahabatan. dia mengajar aku sebuah jalinan kemesraan yg penuh kelainan dalam ikatan persahabatan. dia simple.matang.kadang2 agak kebudakbudakkan. petah bercakap. diam membisu satu keanehan. kerenahnya menghiburkan. dia mengajar aku bahawa bersahabat lebih indah dan menenangkan dari berkasihsayang.kerana dia kata aku belum bersedia dan belum masanya lagi. perwatakan yg menarik. kadang bicaranya bisa meruntuhkan keegoanku. apa yg lebih menarik. dia tahu apa yg aku alami. dia boleh baca hati aku katanya. die suka guna bahasa hati. kadang tak percaya.aku anggap kebetulan. tapi kebetulan itu yg memudahkan aku berbicara.dia tegas pendirian. tahu peranan dalam suatu situasi.matang.tapi penuh kerenah yg menghiburkan.apa yg dilakukan seperti menyiapkan dirinya utk orang yg teristimewa. banyak kali aku terkedu terkesima kaku bila apa yg dibicarakan sama dengan apa yg terdetik dalam hati. dan kadangkala apa yg terlintas dihati ini adalah sama dengan apa yg diinginkan. bagaimana? dia tahu utk bersama semeja dgn aku.katanya dia tak nak tanya apa2 kerana dia yakin suatu masa aku sendiri yg akan katakan padanya.senang dengan dia. namun aku pasti seribu gelora dan gelodak dlm hati ini tak siapa manusia yg tahu.
Posted at 12:22 am by araneae
Permalink
Monday, August 30, 2004
bangkit dari mimpi yang panjang
menyapa matahari
perasaan yang aneh diam dihati
aku rasa kosong
kosong dalam sesak dengan seribu perkara harian
dan tiba tiba hati bersuara
hati:tiada Sayang disini. Dia pergi tanpa pesan. Dia hilang.
aku:kenapa dia pergi?
hati:kerana kau tak tahu apa maksud dia berada disini.
aku: tidak,aku masih dapat rasa dia ada disitu.
hati:Dia cuma meninggalkan untuk kau apa yang kau fahami.
aku: aku masih sayang pada orang lain.
hati: kau yakin? kau yakin kau sayang?kau tahu apa yg diperlukan untuk sayang dan disayang?
aku: yang lain masih ada bukan?
hati: ya,semua ada. yang paling gagah Curiga. kau selalu menyebelahinya. hingga kau sakitkan orang lain. satu perkara lagi.Marah dan Ego tak mahu turun dari singgahsana.
layakkah aku menyanyangi orang lain sedangkan aku tak tahu apa makna sebenar kewujudan
Sayang. apa yang perlu aku buat dan apa yang tak patut dibuat.
aku semakin keliru dengan apa yang ada padaku.
Posted at 01:48 pm by araneae
Permalink
Wednesday, August 25, 2004
telah jelas segalanya kini
nanti akan terang jalan gelap yg dilalui
sudah puas berlagu sendu
teguhlah pendirian tetaplah keinginan
tekad keazaman bukan mainan
usah meraung terpijak duri yg kecil
tenanglah hati
Posted at 12:24 am by araneae
Permalink
Sunday, August 22, 2004
dan tetaplah ketentuan hati ini
hari itu,aku bertemu dia,secara tidak dirancang.sekadar bertanya khabar.dan nyata aku tidak bersedia.berlalu masa meikirkan segalanya.perlukah aku berharap lagi,sedang dia sedang bergembira disana.manis wajhanya tiada gambaran sedih.dan aku gembira melihat dia gembiar.gumpalan rasa bersalah tidak akan menyesakkan hati ini.aku tersenyum sendirian.dia akan ketemu seorang yang lebih baik.kenapa aku terus bercerita tentang dia, terus memikirkan dia?
kini tetaplah hatiku.aku berhenti berharap.apa yang dikatakan olehnya dulu cumalah mainan perasaan.apa yang berlaku antara aku dan dia tidak perlu diperkatakan lagi,diceritakan lagi.semuanya jelas,kesilapan sendiri memakan diri.
manisnya sendirian.dan kini aku mengerti harga sebuah cinta,kasih dan sayang.dan aku mengerti bahawa cinta dari manusia adalah sementara dan mungkin palsu,sekadar mainan. cinta,sayang dan kasih -masing masing perkara yang berbeza.dan jangan keliru antara kasih dan simpati.ikhlaskan hati dalam membuat sesuatu;menyayangi,dan membuat keputusan.
dan kini tetaplah hati ku ini bahawa dia tidak lagi aku harapkan untuk hadir semula dalam hidup ini.aku gembira.
Posted at 04:25 pm by araneae
Permalink
Monday, August 16, 2004
Susahnya nak melupakan dia. memang sukar.atau tak mungkin aku melupakan dia. suatu sudut hati ini berteriak memanggil namanya tiap hari.bagai ada sesuatu menghalang suara itu terus lantang. atau sebenarnya aku sendiri tak mahu melupakan dia. untuk apa? aku kini berserah dan pasrah kepadaNya.
Aku yang melakukan kesilapan dulu.Biar lah waktu merawat hatinya yang hancur. dan aku disini mengutip kembali cebisan hati yg luluh. layakkah aku mendampingi dia. kadang aku rasa bersalah. bagai satu seksaan atas ape yang telah aku lakukan. adakala aku merasakan apa yang telah berlaku adalah yang terbaik. untuk aku dan dia. benar.aku masih mengingati dia. tiap hari tertanya tanya dimana dia, bagaimana dia, bahagiakah dia sekarang? aku belom cukup bersedia untuk berhadapan dengan dia semula. terlalu banyak kesalahan dan kesilapan aku pada dia. dan aku tak tau adakah aku mampu merawat hatinya yang luka. adakala hati ini terdetik. aku tak mampu memberi apa yang diimpikan.tak mampu membahagiakan dia. terasa dia layak untuk mendapatkan yang lebih baik dari aku. aku tahu.aku sedar.dia menerima aku. tak seharusnya aku berfikiran begitu.
tapi ketahuilah bahawa aku merasakan bahawa bukan aku yang dia cari. impiannya mengunung tinggi. impianya seluas lautan. dan aku ingin kau tahu,bahawa aku tak pernah berhenti berharap. tak pernah berhenti berharap aku dan kau ditemukan. sebagai dua insan yang lebih baik dan bersedia.waktu itu tiada lagi rasa sangsi.
kau masih aku ingati.
maafkan aku
kau masih dihati ini
Ya Allah. Andai dia milikku maka satukan lah kami. Andai dia bukan untukku maka jauhkanlah dia dari hati ini. Amin.....
Posted at 01:48 pm by araneae
Permalink
Friday, August 13, 2004
Malam datang lagi
macam malam malam yang lepas
aku disudut dunia ini
menatap kotak CRT
jari menari ikut gerak hati
nyanyian perasaan
Siang tadi
sana sini aku jumpa bintang
bukan mencari
sekadar melihat
aku belum mahu berteman
belum lagi
kerana bayangan dia masih ada
atau mungkin tak akan hilang
entah
disana satu bintang
putih bersih
raut wajah yang tegas
namun murah senyuman
disana pula
ayu, manis,
matanya cantik
jarangku lihat dia senyum
disitu dia tersenyum
penampilan ringkas
wajah ceria dan menceriakan
dia penuh misteri
sana sini ada bintang
mana satu?
perlukah aku pilih
ahh.. nanti dulu
lupakan semua itu
bukan itu yang aku carik
bukan kecantikan
bukan keayuan
aku mencari aku dalam dia
dan ada dia dalam aku
waktu ini hanya untuk aku
aku untuk aku
Posted at 03:21 am by araneae
Permalink