~ :: BINTANG RINDU :: ~
~ butir butir kenangan sepanjang perjalanan ~

Secebis kisah


Di sini aku menarikan jemari mengikut alunan irama fantasi diri sendiri. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yg penuh senyum dan sendu. sebuah mimpi ingin aku wujudkan.
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

:: tulisan lain ::
XPRESSI

:: aku suke bace ::
Rnysa
Hanya Untukmu

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, August 16, 2006
andai kutahu...

andai kutahu...
ini rasanya bila dikasihi
ini rasanya menyayangi
ini rasanya merindui
pasti takkan kubiar masa lalu terbiar kosong
disulam angan dan penantian tak pasti
pasti kusambut kasih dan sayang
pasti kujalin rindu di tangkai hati
biar kukuh tersemat tidak lari
andai kutahu...
hebatnya kasih yang dikau dambakan
takkan kubiar kau terus dalam penantian
bersama kekeliruan tiada henti
kasihku...
rindu yang hadir tak bisa ku usir jauh....
makin diusir...kian hampir ia mendekat...
kadangku lelah...menahan rindu
tapi kusedar...manisnya rindu ini...
mana mungkin kulepas ia berlalu
kerana rindu ini...
hanya padamu....
 
 

__________________________________________________
Do You
Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protectio


Posted at 11:59 pm by araneae
kongsila dengan saya  

Sunday, August 13, 2006
Titipan dari Seremban ke Miri....

Titipan dari Seremban ke Miri....
 
Hening malam… kurasa sunyi
sepi berlegar memenuhi segenap ruang
sebaris nama terpahat di sukma
melodi rindu rancak berirama
buat insan teristimewa
nun jauh di mata
menjadi pengungsi di lautan
 
Kasih mengapa…?
gelora cinta kian membara
saat lensa melakar wajahmu
saat halwa terngiang suaramu
debar di hati tak bisa henti
Detik demi detik berlalu
rindu padamu senantiasa ada
mengiringi tiap hela nafas
 
Sayang…
kudamba hadirmu di sisi
sejak dulu, kini dan selamanya
Dirimu…
umpama TNB yang memberi cahaya
menyuluh lorong hadapan yang belum tentu
umpama PETRONAS yang membakar dan menggerak
menyalakan swadaya diri
melangkah bersama untuk segalanya
 
Hadirmu…
diri terasa berjiwa
tak mungkin rindu ini terlerai
tak mungkin kasih ini terungkai
tak mungkin sayang ini terbatas
Kerana…
kusayang kamu…

Posted at 01:59 pm by araneae
kongsila dengan saya  

bintang hati

Dalam ribuan bintang yang bertabur di dada langit, Tuhan tunjukkan sebutir bintang yang paling bersinar untuk disinar di dada hati. Dan bintang itu adalah kamu…

Posted at 01:50 pm by araneae
kongsila dengan saya  

Sunday, August 06, 2006
rindu

"andai tiap ketika ku merinduimu,
dan andai aku dapat petik bintang dilangit,
dan aku jadikan keronsang untukmu,
jika malam ini,
kau dongak ke langit,
dan kau lihat langit itu kosong,
jangan salahkan aku."

Posted at 10:40 pm by araneae
kongsila dengan saya  

Friday, August 04, 2006
kompang dipalu

kompang dipalu....
belom.lama lagi.sedang kumpul kompang.mungkin 7.mungkin 11.mungkin 13.segalanya berkemungkinan.

dulu-dulu.malu-malu.buat-buat tak tahu.mungkin jugak buat-buat tak nak tahu.atau mungkin tahu tapi tak nak buat.
dulu-dulu.

kompang dipalu....
belom.lama lagi.


Posted at 11:39 pm by araneae
kongsila dengan saya  

Thursday, July 27, 2006
jawapan

hati bertaut tangan bersambut kata bersahut tanya berjawab kasih diterima cincin dah di sarung..... alhamdulillah...

Posted at 11:28 pm by araneae
kongsila dengan saya  

Wednesday, May 10, 2006
Menanti jawaban

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku tlah terpagut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu
sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan 'tuk mencintaimu
setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban 'tuk memilikimu

betapa derunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku

aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Posted at 10:05 pm by araneae
kongsila dengan saya  

Wednesday, January 04, 2006
sesak

sesak dan sebak dalam hati bila tak dapat meluahkan apa yang dirasa pada
seseorang. sukar dan payah aku rasa bila tak dapat memberitahu kepada dia.
berat untuk melafazkan 3 kalimah itu.tak tau kenapa tapi itulah yang aku
rasa.


Posted at 11:30 am by araneae
dah ade (1) komentar  

Monday, December 19, 2005
dan rindu semakin sesak didada

dan perasaan rindu semakin sesak di dada. dan aku bertanya diri sendiri. sejauh mana aku mampu membendung rasa rindu ini.aku bimbang rindu yang sesak di dada kan menjadi sebak berlagu sendu.

Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Tak kan pernah ada yang lain
Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkan ku terus terlena tanpamu di sisiku
Ku kan slalu menantimu....


Posted at 02:52 pm by araneae
kongsila dengan saya  

Saturday, December 17, 2005
rasa apakah ini?

"perkara dah lepas...masing2 ada buat silap ataupun xde sapa yg buat silap.kite xtau,tuhan je tau kenapa kite amik keputusan tu pada masa tu.kdg2 aku pn kesal juga ngan sesuatu perkara tu,,,,tp sesal x sudah2 pun xguna.bukan boleh putar masa kan.yg penting kite tau apa yg kite missed n kalau kita masih diberikan peluang untk ganti balik apa yg kita tertinggal...kita ganti balik.mmg xsama dgn masa yg telah berlalu...tp sekurang2nya kita diberi kesempatan kan."-someone

dan memang benar kesempatan itu telah diberi.dan terpulang kepada kita bagaimana kita mahu mengisi peluang kedua ini.yang pastinya pengalaman lalu sudah cukup mengajar aku untuk aku tetap dengan pendirian sendiri.

"aku sayang kamu." susah benar lidah menuturkan tiga kalimat keramat itu.perkara yang sukar di ucapkan adalah perkara yang benar-kata orang. sebab mulut dan lidah kita memang mudah berkata yang batil.dan kerana itu mulut dikunci bilamana kita dibangkitkan di hari pengadilan kelak. dan mungkin kerana lidah ini dirantai oleh persoalan-"layakkah aku memilik dia?" dan "mampukah aku membahgiakan dia.andai dia menerima aku?".

rasa apakah ini?semakin hari menjadi sesak dalam dada hingga sebak ku rasa makin seksa di jiwa. aku tak mahu sendu di hujung rindu.


Posted at 10:36 am by araneae
kongsila dengan saya  

Next Page